Ahmad Safwan Blog

Cita Usaha Jaya

Tuesday, March 26, 2013

SPM Result

Assalamualaikum w.b.t...
Okay, lama sudah tidak post kat blog ni. Bukan apa cuma kebelakangan ni aku busy sikit. Result SPM pun baru ja keluar. And aku baru ja sehari arrived at UTP semalam. Jam 12 tgh malam n its a long journey. Fuhh! Alhamdulillah aku sampai juga di sni.

Okay, post aku kali ni tentang result SPM aku. Alhamdulillah, walaupun aku tak dapat straight A tp aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Tipu la kalau aku cakap yang aku tak cemburu tengok kawan-kawan aku dapat straight A. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Mungkin Allah ada perancangan besar untuk aku di masa hadapan. 

Simple ja cara aku ambil result ni. Kebanyakan kawan-kawan ku cek gna SMS ja tpi aku tak nak. Aku pi dewan besar la untuk berbaris ambil result ni. Mungkin siapa-siapa ada di dewan tu blh nmpk perubahan muka aku daripada senyum kepada sedih untuk beberapa saat lpas aku pegang slip keputusan tu. Tapi lepas tu aku paksa diri untuk senyum. Tuhan ja tau macam na susah nya untuk paksa diri untuk senyum dalam perasaan yang amat hampa. Aku bukanlah tak bersyukur tapi target aku x dapat dicapai. Aku sedih sangat masa tu.And then aku contact family aku.

My Parents (On-call) :
Tahniah yan. Teruskan kecemerlangan. 

My Sister (Enoi) (On-call) :
Tahniah yan. Result eyan power ni. Mmg eyan hebat la.

My Sister (Enon) (SMS) : 
Wah, Tahniah yan..

My Sister (Ecik) (FB) :
Tahniah rsult yan.Terbaikk..

My Sister (Ella) (On-call) : 
Tahniah yan.Kau kasi kalah jgak kakak arr. -_-

My Brother (Epuy) (FB) : 
Tahniah yan result mu tu..

Well, maybe aku tak dapat straight A. Mungkin aku bukan pelajar terbaik sekolah. Mungkin aku bukan pelajar terbaik Sabah. Dan mungkin bukan juga pelajar terbaik Malaysia. Tapi family aku sntiasa sokong aku dan anggap aku la yang terbaik. Dan kini aku sedar aku tak perlu untuk jdi yang terbaik di dunia tapi aku hanya perlu menjadi yang terbaik kepada orang yang betul. Well, for me my family is everything. And before I depart to KL on last Sunday, parents aku ckp dkat aku. " Yan, teruskn kecemerlangan mu tu ". Bagi aku,result aku x la secemerlang mana. Tapi dorang ttap anggap itu cemerlang . Thanks. :'(

Mungkin itu ja coretan aku untuk harini. Kepada rakan-rakan ku yang lain. Tahniah la tidak kira result tu teruk ka atau tidak. Sebab tetap ada yang akan menghargai usaha kamu di dunia ni. And Alhamdulillah for this result aku bersyukur.. 

Tuesday, March 12, 2013

Senyuman Mu :3

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni post simple-simple ja...
Tentang senyum.. :3

Banyak kebaikan snyum ni antaranya (bukan secara saintifik la) :

1) Menyejukkan hati
    *Well, cba try snyum dgn org lain, In Shaa Allah, orang lain pun akan snyum dengan kita. Tapi     
      lak tersengih-sengih. Nnti dsangka kita ni gila. (-_-)

2) Menunjukkan kekuatan diri
    *Time exam jawab exam yg susah, kmu senyum-snyum masa menjawab. Mesti orang lain
      yg tgok  kmu tu akn fikir yg soalan kmu jwab tu senang ja kn? 
      Walaupun mgkin kmu pun tak tahu jawapannya. (-_-)

3) Menampakkan kemanisan diri yg Allah berikan
   *Semua tahu yang ciptaan Allah S.W.T tidak ada cacat cela nya. Dan Allah telah memberi
     kita  kesempatan untuk senyum. 
     Cuba bandingkan perempuan senyum dan yg tak senyum. Msti kamu pilih yg snyum kan?

4) Sunnah Rasulullah S.A.W
    *Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa "Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah 
      ibadah."(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi) Jadi,sama-samalah kita hidup berpandukan
      Al-Quran dan As-Sunnah. Senyum ja pun Tak susah kan? Ngeeee... :3



Tidak kisah la macam mna cara kamu mau menyampaikan senyuman tu. Yang penting kmu ikhlas pun sudah cukup. Tengok contoh-contoh pe'nyenyum' yang paling manang (mantap) aku jumpa di Google ni.


Ada kumis pun masih nampk seri senyuman tu. :3

Sedap hati memandang senyuman ikhlas

Tengok ni..Popeye pun senyum jga.

Tanpa mengira warna kulit, senyuman ikhlas tetap nampk manis


Tengok tu..Kucing pun blh senyum

Hehe .. :3
Alalalalala 
 Tapi gambar ni juga paling lawa...Senyuman ikhlas dari penulis blog ni.. :3

Ok laa..Malas nak post panjang-panjang. Assignment bertimbun-timbun ni. Lain kali aku post lagi ok? Itu ja untuk kali ni. Assalamualaikum w.b.t.



Tuesday, March 5, 2013

Dream To Be True

Assalamualaikum w.b.t,
Ok, post aku kali ni mmg simple ja.. Tentang IMPIAN.. Memang manusia ni diturunkan dengan satu matlamat. Untuk berserah kepada Allah s.w.t sepenuhnya. Tapi itu dari segi rohani, dalam Islam juga menuntut umatnya berjaya di dunia dan akhirat. So, aku pun adalah juga senarai-senarai impian aku.
Kamu mau tau ka? hehe, kalau kamu tak nak tau pun aku bgtau jga. Kehkeh. ^_^

Antara senarai impian aku... Hurmmm..



First : 

Of course la aku mau jadi engineer yang berjaya, bekerja dengan ikhlas, tanpa rasuah dan In Shaa Allah dapat memajukan negara aku. Tapi sebelum aku memajukan negara aku, aku kena berbakti kepada negeri sendiri dulu. SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU. Bukannya sebab semangat kenegerian aku ni melampau, tapi aku tak nak la jadi seperti kacang lupakan kulit. Dah banyak Sabah berjasa dengan aku dan aku nak balas budi negeri ni. :3

haaaa,,begini la engineer yg aku nak jd nnt, kaki pun mst kangkang mcm tu. ahakss..
Second :

My second dream is to visit all nice places in this world. :3
And of course with my beloved family and my wife-to-be..



Cantik kan? Lepas berjaya nnt, blh la jalan-jalan dkat sini.

Third :

Aku mau bina rumah aku di tempat yang paling tenang dan indah untuk aku dan keluarga aku.
Aku tak nak rumah yg penuh dengan asap-asap kereta.

Rumah mcm gni pun jadi laa..

 Fourth :

Aku mau isteri yg solehah. Aku tak juga mengharapkn perempuan yang sempurna, asal dapat bimbing aku ke jalan yg benar pun cukup.


Gambar sekadar hiasan.



Fifth :

Aku nak bina keluarga yang bahagia, tidak perlu la kaya dan tidak perlulah dipandang tinggi oleh orang lain. Yang penting bahagia walaupun hidup dalam keadaan yg bersederhana.

Syok tgk dorg ni senyum. :)


Kalau diikutkan, ada banyak lagi impian aku di dunia ni. Tapi jangan la kita sibuk mengejar dunia sehinggakan akhirat kita lupakan. Ok, lain kali aku post lagi. Aku rasa cukup la post aku untuk hari ni. Assalamualaikum. :3





Sunday, March 3, 2013

Lee Hyo Na : Happy Birthday

Assalamualaikum w.b.t,

Kamu mesti tertanya-tanya kan kenapa tiba-tiba ada nama Korea dalam tajuk post aku ni? Haaa, kalau kamu mau tau, Lee Hyo Na ni sebenarnya bukan jenama tisu, sabun cuci ataupun jenama tali pinggang. Tapi Lee Hyo Na  ni sebenarnya orang. A living human flesh. Dia ni berbangsa Korea dan dia merupakan kawan baik aku. ^_^ Walaupun aku selalu bergaduh dengan kawan-kawan cuma sbb nak pertahankn yg dia ni org Korea. -_- Well,fikir snang ka mau jumpa orang Korea di tempat aku tu? Bila kawan-kawan aku slalu nampk aku texting dengan Lee Hyo Na ni, dorang pun tanya la samada dia tu orang cina ka sbb nama dia ni mcm nama org cina ja. Aku pun jawab la, "Dia ni orang Korea". Then, kawan aku pun buat muka (-_-) , lpas tu dorang ketawa kn aku. Haha. Dorang ni mst kes jealous la ni, aku ada kawan Korea tpi dia ni bukan la mcm orang Korea yang di TV tu. Pandai menari-nari lagi (xtau la plak kalau dia pndai). Hehe. And dia ni Korean Muslim. Kalau mau tengok muka orang Korea pakai tudung, pergi la buka Facebook dia. Taip ja nama dia tu di FB. 

Apa-apa pun,today is her birthday..So, Happy birthday Lina... :3
Sorry kalau selama ni aku ada wat salah dengan kau.Hope kau berjaya dalam hidup and Allah panjangkan umur kau.



Ni la kek birthday kau Lina. Kalau mau, download - print then makan. :3


#P/S : She is not my girlfriend but my bestfriend. So, to those girls out there who still single, I'm still available..gahahaha..Just Kidding arr..
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. :3

Sulu Army : Don't 'TOUCH' My Family

Assalamualaikum w.b.t,

I guess everyone knew already about the Sulu Army in Sabah where they're trying to re-claim Sabah as one of their property.
Re-claim my as* . I may be not strong, I may be don't have the power, but if I have to fight all of you, I promise I will. Not with all the weapons but by  calling all Malaysians to pray for Sabah. I know maybe our country is far apart and maybe you don't care at all about Sabah. But for me, I have my family there, I have my friends over there and my teachers.All of them are family to me.So, Sulu Army, don't you ever dare to lay a finger on them! Two of our policemen were already killed by you. Hey, Sulu Army! You came for what purpose?! You'll only ruining our country's peace. Go back to your own country! We don't need you! Please, I don't want my family to be hurt! Sulu Army, imagine if your family were killed! What would you feel? Be considerate of other people. Think as a human and not as an animal. Grr~~

*To all malaysian,don't forget to pray for Sabah. May Allah bless you.

Saturday, March 2, 2013

2 Tahun Sudah Part 4

Assalamualaikum w.b.t,
Baru ja habis test Pre-Calculus tadi, Alhamdulillah dapat juga jawab. So, cuti mid-term pun dah sampai dan aku rasa nak post panjang-panjang la plak kali ni. Cerita aku sampai Sem 1 Form 5 da kan. So, hari ni aku nak sambung cerita Sem 2 la plak. Ngeee. :3

Tamatnya Cuti Sem 1 selama 7 hari...
Ok, benda ni memang common la dalam diri smua pelajar di mana smua berat hati untuk mninggalkan cuti yang menenangkan setelah lebih 4 bulan pulun study kan. Tapi bagi aku, memang la berat hati tapi kalau difikirkan peperiksaan SPM pun semakin dekat. Perasaan tu harus aku singkirkn jgak la. So, perjalanan aku kali ni dari Tawau pergi ke MRSM sama ja dengan perjalanan awal tahun tu. Naik flight lpas tu naik teksi RM60.00 dan stelah sampai di MRSM aku pun call parents aku then kemas barang and  urus benda-benda yang patut. -_- Ok, pembelajaran pun bermula tapi kebanyakan nya kami hanya mengulang kaji kerana silibus telah banyak yang dihabiskn. So everyday study laa. ^_^ dan di sini aku mempunyai sebuah lagi 'family' baru iaitu study group (SG) aku. Study group ni sangat best sbb korang akan dapan berkongsi ilmu. Dan di setiap SG ni ada mentor dan mentor SG aku ialah Khairul Nizam. Ahli-ahli kami terdiri daripada aku sendiri , Adzmier, Yaseer, Amirull, Azeem, Shaznain, Fazlieman, Fauzan, Fickry.




Dari kiri:Azeem, Adzmier, Fazlieman, Fauzan, Shaznain, Safwan, Khairul, Amirull, Yaseer, Fickry


So, kehidupan aku dalam study group pun bermula, selalunya pada waktu malam selepas prep (jam 10 mlm), sesi SG akan diadakan. Dan terus terang aku mmg malas nak pergi SG ni. Hehe. Sbb badan penat lpas buat banyak kerja untuk seharian tu. Dan rakan 'malas' aku time tu ialah Adzmier dan Yaseer. Kami memang malas nak pi SG ni sbb jauh dari bilik kami. Bilik aku di TF iaitu di tingkat yang pling tinggi. -_- Jauh la jgak nak turun untuk pergi bilik Khairul tu. Tapi Alhamdulillah,kadang-kadang terbuka juga pintu hati ni pergi SG sbb kita kena study-study-study and study. Lama-lama aku semakin kenal dan rapat dengan SG dan keserasian pun muncul antara kami. So, pembelajaran pun smakin best dan banyak ilmu yg dapat dikongsikan. Dalam setiap ahli tu ada gelarannya:

Khairul : Mentor Mushroom Shup!
Safwan (aku) : Pendek (-_-)
Adzmier : Abg Baby
Azeem : Bibir
Fauzan : Gigi
Shaznain : Brandon
Yaseer : Cicak
Fickry : Ikan
Fazlieman : Limpshi2X
Amirull : Obama

Setelah study berhempas pulas, sedar tak sedar Trial Mara a.k.a Peperiksaan Semester 2 pun smakin dekat. Tapi dekat-dekat Trial ni, aktivit SG dikurangkn sebab mungkin kebanyakan nak study sorang-sorang. Yala,kita ja tau di mana kekurangan diri sendiri ni kan (kecuali yang x sdar diri la). Trial ni aku memang nak buat sebaik mungkin la sebab banyak senior-senior aku dah warning awal-awal yang Trial tu susah dan nak dapat anugerah pengetua pun susah.

Trial Pun Bermula
Fuhhh,trial ni lbih kurang macam SPM jaa,ketat hbis kawalan and protocol sma mcm SPM oooo.So,aku pun semakin nervous,dah la kena jawab exam dalam dewan besar. Well, it is my first time you know.. Kesian kan aku, dlu skolah kampung mana ada dewan besar begini. ^_^ Dan terus terang aku cakap Trial ni memang sangat terlampau melampau susah. -_- Dengan segala kudrat yang aku ada, aku pun selesai la menjawab semua kesembilan subjek yang aku ambil. Fuhh, Alhamdulillah.

Result untuk Trial ni skejap ja dah dapat sebab cikgu-cikgu aku nak fokus di mana kekurangan kami kan. So result pun dipampang di  papan buletin dekat Unit Peperiksaan MRSM. Kertas tu panjang bjela-jela,bukan aku sorang ja yang ambil trial kan, ada 143 orang kesemuanya. Then tiba cikgu aku datang bawa sekeping kertas berwarna kuning dan dia pun lekat kertas di papan buletin. Dia cakap nama-nama yang terpampang di kertas kuning ni budak-budak yang dapat anugerah pengetua. Aku pun cari punya cari punya cari dan Alhamdulillah my name was listed for the second time. ^_^ Dan berita yang lebih baik aku akan bergraduasi dalam kelas pertama iaitu bersama kelas Berlian. With CGPA of 3.5++.. Huhu..
My parents and I


Alhamdulillah, aku sedar mungkin pencapaian ku ni tidak la seberapa,tapi aku sudah cukup gembira sbb dapat mmbanggakan ibubapa aku .Dan memang cita-cita aku untuk sentiasa buat mereka tersenyum dan gembira. Dan aku bersyukur kepada Allah kerana telah membenarkan aku melalui kehidupan yang penuh onak dan duri di MRSM ni. Seperti yang orang bijak pandai pernah cakap "Experience is the best teacher". So, daripada pengalaman-pengalaman ini la aku belajar cara untuk hidup dan aku tau banyak lagi aku perlu belajar di luar sana. By the way,my journey as a high school student has not yet complete because there is still SPM. And now,I'm waiting the result to be announced. Sampai di sini jaa cerita aku ttg kehidupan di MRSM. Terima kasih kepada smua warga MRSM kerana telah memberikan aku pengalaman yang cukup indah ini. Apa pun result SPM yang aku dapat nanti aku tak kisah, aku redha. Aku suda berusaha sehabis mungkin dan berdoa and now I just need to Tawakkal. Semoga Allah memberi kejayaan kepada aku dan rakan-rakan aku.

*This paragraph is dedicated to one of my bestfriend for complaining about my fonts colour. Nah, puas hati ka? gahaha..Ouh yaa..thanks la sbb ambil gambar aku dgn parents aku time graduasi tu arr..Nama dia Nur Fatinah Ainaa. ^_^

Jazakallahu Khairan wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. ^_^
Thnks for reading and stay tuned for my next post.And of course FOLLOW!