Ahmad Safwan Blog

Cita Usaha Jaya

Wednesday, February 27, 2013

2 Tahun Sudah Part 3

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Apa khabar smua? Ada baik ka? huhay.. Tiba-tiba ada mood mau smbung blik kisah-kisah kehidupan ku yang tidak seberapa nak syok ni. Haha. Macam syok sndiri plak kn post pasal khidupan sndiri ni. -_- Tp xpala, manataw ada yang blh dibuat pengajaran dalam khidupan seharian kita. Well I'm just sharing my experience. Its up to you if you want to read my story. :)

Tirai 2012 pun dibuka.......
Macam biasa la sblum musim persekolahan ni, pergi beli barang-barang sekolah dan bandar konfem traffic jam. Semasa beli barang tu bahu berlanggar-langgar dengan pelanggan lain tapi aku untung la sebab cuma beli alat tulis jaa. Baju sekolah di MRSM ni bukan nya sama dengan sekolah menengah yang lain. Banyak betul baju nya. Hari isnin (Biru), selasa (Coklat), Rabu (Baju PJ), Khamis (Batik) dan jumaat (Baju Melayu). So, kiranya tiap-tiap hari baju lain la. So, senang la. Kumpul ja baju untuk satu minggu tu dan cuci masa hujung minggu. Haha. So, dua hari sebelum buka sekolah tu aku pun kemas la barang-barang asrama aku. Baju-baju, selimut, cadar, biskut-biskut, maggi, susu 'Dutch Lady' aku masukkan dalam beg. Tiket kapal terbang pun bapa aku sudah beli. Aku tau tiket tu mahal tapi bapa aku masih juga mau belikan sebab bapa aku tau yang aku ni tak suka berjalan jauh terutama naik bas. Kalau naik bas dari daerah aku (Tawau) pergi ke MRSM Kota Kinabalu ni ambil masa 8 jam jgak la. Naik kapal terbang baru 45 minit. Bayangkan benda yang aku bleh buat dengan 7 jam 15 minit tu, bnyak benda berfaedah lagi yang aku boleh buat daripada duduk memanjanggg dalam bas . Lagipun kalau jalan jauh ni boleh buat aku pening-pening lalat. Kesimpulannya, Syukur dan Alhamdulillah kerana aku dikurniakn ibubapa yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat memahami dan selalu menyokong aku dari belakang. Dua hari kemudian, parents aku pun hantar aku pergi lapangan terbang untuk berlepas ke Kota Kinabalu. Sebelum masuk 'boarding' tu aku pun salam la parents aku, rasa sedih pun ada jga sbb mau pergi jauh dari family kan. Tapi aku tetap tanamkan semangat dalam diri untuk belajar bersungguh-sungguh. Yala,parents aku sudah banyak habiskan duit untuk tampung pelajaran aku. Takkan la aku mau hampakan parents aku kan. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa untuk turun dari kapal terbang tu dan lepas tu aku pun pergi la kaunter teksi untuk beli tiket ke MRSM. Terkejut beruk nya aku yang tiket untuk sampai ke asrama aku berharga RM60.00!! Tapi apa boleh buat,takkan la nak bawa beg-beg aku yang berat tu masuk dalam bas kan. Aku pun hulurkan la RM60.00 dengan juruwang tu. Sampai jaa di MRSM, memang kebiasaannya aku akan call family aku untuk bgtau dorang yang aku sudah selamat sampai. ^_^  Lepas tu baru aku kemas barang-barang aku dalam loker . Oh yaa,roomate aku ada 3 orang yang terdiri daripada Shahrin (Kota Belud), Azeem (Sandakan) dan Fadznil (Tawau). Kesemua mereka ni mempunyai jawatan yang tinggi dalam badan kepimpinan dalam MRSM. So, aku agak segan jgak la duduk sbilik dengan dorang ni sebab aku ni pun bukannya pelajar yang ikut sangat peraturan sekolah ni. Setelah semuanya selesai,musim persekolahan pun bermula.......

Pembelajaran bermula dengan baik, biasalah semangat berkobar-kobar sebab tahun tu aku akan menduduki peperiksaan SPM. Kesemua subjek aku dapat faham dengan baik sebab subjek yang awal-awal ni biasanya senang lagi. So, tak banyak sangat masalah untuk belajar masa ni. Tempat duduk aku dalam kelas terletak di tempat yang paaaaaaaling belakang sekali. Tablemate aku ada lima orang iaitu Zulkhairi, Syazwan, Badrul, Azrin. Semua pun gila-gila yang duduk dengan aku ni. Selalunya kalau salah seorang tidur dalam 'row' aku tu, memang smua pun akan tidur la lpas tu. Aura TIDUR tu memang susah nak tolak. Sebut-sebut pasal tablemate ni, teringat plak aku kisah aku dengan Syazwan. Masa tu kelas English dan Tc.Allison yang ajar kami. Kami dua orang boring time tu. So, Syazwan pun pinjam la handphone (HP) aku, sedang-sedang dia main tu, tiba-tiba dia tertekan 'Music Player' di HP aku. Secara tiba-tiba bunyi lagu kedengaran di kawasan kami dan yang paling memalukan lagu yang terpasang tu lagu dangdut kalau aku tak silap. Macam mana la aku boleh simpan lagu dangdut ni.  =_=   Hurmm, Tc.Allison pun memandang tajam ke arah kami time tu. Aku pun takut la sbb HP tu HP aku. Tc.Allison pun cakap dengan lantangnya "Syazwan,bring the phone here!". Tapi dengan nilai murni yang ada dalam diri kawan aku ni,dia pun pergi la ke depan tapi bukan dengan HP aku tapi dengan HP dia. Haha. Bergegar la jga lutut aku time tu. Thank you arr Syazwan sbb pasang lagu dangdut kuat-kuat guna HP aku. ^_^ Dan budak kelas aku selalu kacau seorang budak dalam kelas aku dan nama dia Azizzami ,dia ni geng 'SENTAP'. Geng ni merupakan antara geng yang paling hot la dalam MRSM aku ni. Ketua geng dorang ni nama dia Adie. Kalau kamu nampak SENTAPIANZ ni menari memang kamu akan kagum la. Tarian dorang ni layak ditarikan dalam 'Sehati Berdansa'. Memang power la gua ckp beb.! Walaupun dorang ni geng hot, dorang peramah juga. ^_^ Dorang sayang sangat dengan batch 95 MRSM tu. Eh3, aku rasa kmi smua sayang dengan batch kami ni. Hehe.

Peperiksaan Sem 1 pun bermula,setelah persiapan yang rapi kali ni. Aku memang bersedia la untuk jawab exam kali ni. Aku akan cuba baca chapter-chapter bagi setiap subjek. Fuhh! Memang susah untuk berjaya, siapa yang cakap senang tu memang tipu semata-mata. Bagi aku, inilah exam terbaik yang aku pernah buat sebab aku memang buat persiapan yang sangat sangat sangat rapi. :) Selepas tamat ujian ni, keputusan pun keluar. Dan Alhamdulillah cita-cita aku sebelum ni berjaya aku capai iaitu anugerah pengetua. Allah itu maha adil, aku memang berusaha sebaik mungkin dan Allah pun makbulkan doa ku. Ingatlah bahawa doa saja tidak berguna kalau tiada usaha. Inilah moral of the story for this post. My pointer at that time was around 3.7++ and I was so grateful.

*My advice for this post is : Jangan la ego dan pernah terlintas di fikiran yang kita lah yang pling hebat. Bak kata orang,ukur baju di badan sendiri laa.. Sebab pernah terlintas di fikiran aku yang orang lain tak belajar tapi result meletup dan aku rasa aku cukup pandai so aku pun tak belajar.. Pemikiran begini la yang buat aku malas belajar tapi ingat yang kemampuan manusia ni berlainan walaupun mungkin kita sama-sama makan nasi juga di rumah. Mungkin dia baca sekali sudah boleh ingat tapi aku kena baca 3 kali bru boleh ingat. So, find your own way of study instead of study blindlessly. Study smart not study hard.Jangan la peduli apa orang cakap dan jangan biarkan dialog ni bermain di kepala kamu " tengok si safwan tu,belajar banyak-banyak pun tak jga pandai-pandai ". Ok?  ^_^ Hehe. Itu jak la untuk post aku kali ni. Lpas ni aku post ttg Sem 2 Form 5 plak ok?  Esok aku ada test Calculus ni. Kena study dulu. Tata, Assamualaikum w.b.t. PEACE NO WAR. :3

Tuesday, February 26, 2013

2 Tahun Sudah Part 2

Assalamualaikum w.b.t semua  >.<
Oooooooook,bru jak hbis test physics tadi petang.Nak cakap senang tak blh,nak cakap susah pun x boleh.But its ok,at least ada jawapan laa...kehkeh...Hurmm,tiba-tiba plak rasa mcm mau update lagi blog untuk hari ni..Continue with the story........ =)


Aku rasa kisah aku masa kat kelas 4 Zamrud tu blum detail lagi.Begini cerita nya,masa aku masuk kelas tu,budak kelas tu agak power la.Aku yang asal dari kampung ni dan asal dari sekolah kampung ni cuba la untuk bersaing dengan budak MRSM yang power-power ni.Fuhh,mmg susah la sebab kadang-kadang tertekan jugak tgk budak kelas aku yang tak pernah duduk diam.Belajar memanjangggggg jak.Aku yang bru mau santai-santai ni pun terganggu.Yala,takkan la mau tertinggal kan.Dorang sudah di puncak Gunung Kinabalu,aku baru kemas-kemas baju mau mendaki..(Fhm ka jgak analogi ni) -_- ..Well,this teaches me to be a more hardworking student.Jadi,aku mau ucap terima kasih la kepada rakan sekelas ku dulu.Kamu adalah antara tangga-tangga yang membantu aku untuk mencapai cita-cita ku. ^_^  Dan di kelas Zamrud ni aku ada ramai kawan baik (bestfriend) , dan salah seorang nya Zulkhairi.Dia ni baik orang nya.Selalu aku hutang duit kat dia ni.hehe.Sbb dia slalu ajak aku makan kat kafe.Mgkin sbb dia la berat aku makin bertambah. -_- Budak ni pndai Mathematics,dengar sejarah dia time trial PMR MARA dulu pun Mathematics dia antara yang paling tinggi.So,aku memang selalu belajar dengan dia la di kelas dulu.Dia banyak ajar aku ni.Kalau kau mau cari jawapan untuk soalan-soalan Mathematics yang pelik?Cari la Zulkhairi.Tapi sayang dia sekarang pergi PLKN.Good luck di sana ar buddy. ^_^ OK,stop cerita psal dia,nnt kembang lak dia d Kem PLKN sana tu.

Stop telling about Zulkhairi and continue about my studies,
 Alhamdulillah, lpas masuk kelas ni, pembelajaran aku semakin stabil. Subjek Chemistry aku mkin OK, AddMath pun bertambah baik, Physics pun sma. Dan aku pun semakin biasa dengan kehidupan asrama di MRSM Kota Kinabalu ni. Jadual nya senang jak. Sarapan-Kelas-Makan-Prep-Riadah-Prep.. Ni jak la yang aku buat stiap hari. =.=  Kinda boring but you'll get used to it if you got into MRSM. Kalau kau tak dapat jawab soalan, pi kelas sebelah konfem ada yang dapat jawab tu. So, konklusinya di sini ada banyak sumber rujukan. Did I tell you that I got chosen to become Lembaga Disiplin Pelajar (LDP)? Yup, LDP ni merupakan satu badan kepimpinan di MRSM ni. Salah satu tugas aku ialah menjaga kelas adik-adik junior semasa prep malam. Masa ni la kmu boleh nampak pelbagai kerenah budak-budak MRSM ni. Kerja aku senang jak, duduk di meja guru dan tulis sebarang pergerakan yang budak-budak ni lakukan dalam buku laporan. Ada yang tidur la, ada yang study smpai muka tegang mau koyak tu. grrr~~  and yang paling lucu kalau junior perempuan yang malu-malu tengok aku di depan tu. Asal tengok aku terus senyum-senyum dan ketawa kecil. Situasi ini amatlah kekok, aku rasa macam ada something ja di muka ni. Mana la taw ada kala jengking ka dia nampk di mka aku tp aku x perasan. And yang paling teruk kalau perempuan tu senyum-senyum dengan kawan dia yang satu lagi. Then, ketawa sama-sama lagi. Minta kaki saiz 6 btul la dorang tu.. Ish3.. Sbelum dapat jawatan LDP ni bukan main lagi b'iya-iya,bila dah dapat bukan main lagi nak letak jawatan. Ish3, manusia2.... =.= Homework pun susah mau siap kalau bertugas ni, sumber rujukan smua berada di blok form 5 tapi aku di blok junior-junior. Bayangkan la mcm mna mau tiru jawapan dorang kalau bgitu. Haha. Mmg banyak jga benda yang aku blank masa blajar di kelas tu. Nikmat tidur dalam kelas masih lagi menghantui tapi aku cuba lawan.

Exam Sem 2 Pun Bermula,
Macam biasa la kalau musim exam dah tiba, smua pun muka stress mcam datang bulan ja smua. Smua pun stay up smpai tgah malam. Tapi kali ni aku cuba ikut style blajar aku sndiri. Aku cma revise sikit sblum tidur dan cuba tidur awal. Sbb kalau bnyk blajar tapi tak cukup tidur tak guna jgak sbb nanti time exam otak kita blank jgak tu. Kalau cukup tdur otak masih boleh bfikir walaupun benda tu kita tak taw. Exam pun berjalan selama 2 minggu. Nak cerita pun x dapt sbb kbnyakan nya aku lupa suda peristiwa msa exam berjalan.

Result Sem 2 Form 4
Ini berlaku masa cuti bulan Dis 2011, smua sibuk d FB cerita psal pointer ni. Sbb MRSM akan hantar transkrip result tu ke rumah masing-masing. Aku ja yang blum dapat result ni. Mungkin sbb aku jauh kan,tinggal di Tawau. Kawan aku ada yang dapt 3.66 dan 3.62. Waa,, congratez la dan aku harap aku pun dapat la anugerah pengetua ni. Keesokan harinya, bapa ku balik dari pejabat pos dan bawa surat untuk aku dari MRSM. ^_^ Masa tu aku excited gila.. Penantian dan keputusan untuk penat lelah ku masa tahun pertama di MRSM bakal diketahui. Aku pun buka surat tu dan kertas surat tu berlipat-lipat. Aku pun buka dengan perlahan lipatan-lipatan tu. Takut-takut terkoyak plak kertas tu. Aku tengok keputusan aku satu per satu dari atas ke bawah. Dan akhirnya aku nampak nombor perpuluhan yang terletak di bawah kertas tu. Aku dapat 3._ _ ... hehe. mmg aku tak dapat anugerah pengetua, tapi aku bersyukur la masih dapat 3 pointer masa tu. Kalau diikutkan dengan usaha aku yang tidak seberapa tu, mmg layak la aku dapat pointer sbegitu rupa. Kesimpulannya di sini, always bersyukur dengan apa yang Allah beri tu sbb Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan ini la pengakhiran untuk kehidupan aku di MRSM smasa tingkatan 4. ^_^

*Eh3, blum ada lagi cerita ttg tingkatan 5 kan?? Lpas ni baru aku post ya.. Sorry la mungkir janji, hari tu sudah janji mahu post crita pasal tingkatan 5 kan. Fuhh! Penat jgak tulis panjang-panjang ni.. Ok la.. Have a nice you all .. Jumpa lagi di post yang sterusnya . Stay tuned. Assalamualaikum.. Grr~~

Sunday, February 24, 2013

2 Tahun Sudah Part 1

Assalamualaikum.... Lama sudah blog ni b'habuk dan 2 tahun sudah berlalu...
My last post was about getting into MRSM Kota Kinabalu...
Dan sekarang aku sudah bergelar ALUMNI MRSM... Tak terasa pun aku sudah habis SPM..
Hehe. Bagus kalau aku tulis serba sedikit kisah aku di MRSM tu dulu.. =)

2011
Masa first time masuk tu mmg la rasa lain...
First time tu merangkumi banyak perkara :
-first time tinggal asrama
-first time bjauhan dengan keluarga
-first time cuci kain gna tangan -_-
-first time ada roomate
-first time maggi jd hidangn utama
-first time  rasa ikan keras (dewan makan)
-first time rasa  nikmat tidur dalam kelas
-dan first time dapat kawan yg rapat macam kluarga sndiri.. ^_^

Tp ksemua 'first time' di atas ini tidaklah menghalang aku untuk belajar bersungguh-sungguh..
Sistem MRSM ni mmg akan mengagihkan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan yg dipanggil "HOMEROOM".. kalau nak crita pasal bnda ni..panjang lagi...so cek la blog homeroom kami..
http://jujur2008.blogspot.com/ .. cek ok? ada muka aku jga tu.. =)

Back to the real story,,
Kelas aku 4 Nilam time tu.. Masa aku masuk tu,smua crita kehebatan budak-budak yang dapat pointer 3.5 ke atas a.k.a anugerah pengetua. So, aku pun smangat la blajar mau dpat anugerah pengetua ni. Hadiah untuk yg dpt anugerah pengetua ni dapat makan KFC beramai-ramai. Then, masa aku mau mngecapi cita-cita tu. Muncul plak satu kenikmatan yang tak boleh ditolak iaitu nikmat "TIDUR" dalam kelas. Asal subjek Biologi, Sejarah, Add Math and Chemistry konfirm aku tdur laa.. Masa dapat result Sem 1 tu ,pointer aku tak dapat pun anugerah pengetua. =( Aku mmang mnyesal la sbb x blajar btul-btul. Then, Sem 2 pun bermula...........
Sem 2 ni lain sikit, sbb dia agih kelas ikut ranking dalam batch. So aku pun dmasukkn dalam kelas 4 Zamrud. Zamrud ni kelas kedua laa.. Kelas pertama kelas berlian.. Lpas masuk Zamrud ni,aku mkin smangat la blajar, classmate ku suma power-power...and pointer ku untuk sem 2 msih lagi x dpt anugerah pengetua..


*eh3,,, esok aku ada test PHYSICS ni.. btw aku d Universiti Teknologi Petronas sdah.. Aku study dlu ar... Lpas ni aku update untuk ceritera aku masa Form 5 plak arr.. Stay tuned..