Ahmad Safwan Blog

Cita Usaha Jaya

Wednesday, February 27, 2013

2 Tahun Sudah Part 3

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Apa khabar smua? Ada baik ka? huhay.. Tiba-tiba ada mood mau smbung blik kisah-kisah kehidupan ku yang tidak seberapa nak syok ni. Haha. Macam syok sndiri plak kn post pasal khidupan sndiri ni. -_- Tp xpala, manataw ada yang blh dibuat pengajaran dalam khidupan seharian kita. Well I'm just sharing my experience. Its up to you if you want to read my story. :)

Tirai 2012 pun dibuka.......
Macam biasa la sblum musim persekolahan ni, pergi beli barang-barang sekolah dan bandar konfem traffic jam. Semasa beli barang tu bahu berlanggar-langgar dengan pelanggan lain tapi aku untung la sebab cuma beli alat tulis jaa. Baju sekolah di MRSM ni bukan nya sama dengan sekolah menengah yang lain. Banyak betul baju nya. Hari isnin (Biru), selasa (Coklat), Rabu (Baju PJ), Khamis (Batik) dan jumaat (Baju Melayu). So, kiranya tiap-tiap hari baju lain la. So, senang la. Kumpul ja baju untuk satu minggu tu dan cuci masa hujung minggu. Haha. So, dua hari sebelum buka sekolah tu aku pun kemas la barang-barang asrama aku. Baju-baju, selimut, cadar, biskut-biskut, maggi, susu 'Dutch Lady' aku masukkan dalam beg. Tiket kapal terbang pun bapa aku sudah beli. Aku tau tiket tu mahal tapi bapa aku masih juga mau belikan sebab bapa aku tau yang aku ni tak suka berjalan jauh terutama naik bas. Kalau naik bas dari daerah aku (Tawau) pergi ke MRSM Kota Kinabalu ni ambil masa 8 jam jgak la. Naik kapal terbang baru 45 minit. Bayangkan benda yang aku bleh buat dengan 7 jam 15 minit tu, bnyak benda berfaedah lagi yang aku boleh buat daripada duduk memanjanggg dalam bas . Lagipun kalau jalan jauh ni boleh buat aku pening-pening lalat. Kesimpulannya, Syukur dan Alhamdulillah kerana aku dikurniakn ibubapa yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat memahami dan selalu menyokong aku dari belakang. Dua hari kemudian, parents aku pun hantar aku pergi lapangan terbang untuk berlepas ke Kota Kinabalu. Sebelum masuk 'boarding' tu aku pun salam la parents aku, rasa sedih pun ada jga sbb mau pergi jauh dari family kan. Tapi aku tetap tanamkan semangat dalam diri untuk belajar bersungguh-sungguh. Yala,parents aku sudah banyak habiskan duit untuk tampung pelajaran aku. Takkan la aku mau hampakan parents aku kan. Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa untuk turun dari kapal terbang tu dan lepas tu aku pun pergi la kaunter teksi untuk beli tiket ke MRSM. Terkejut beruk nya aku yang tiket untuk sampai ke asrama aku berharga RM60.00!! Tapi apa boleh buat,takkan la nak bawa beg-beg aku yang berat tu masuk dalam bas kan. Aku pun hulurkan la RM60.00 dengan juruwang tu. Sampai jaa di MRSM, memang kebiasaannya aku akan call family aku untuk bgtau dorang yang aku sudah selamat sampai. ^_^  Lepas tu baru aku kemas barang-barang aku dalam loker . Oh yaa,roomate aku ada 3 orang yang terdiri daripada Shahrin (Kota Belud), Azeem (Sandakan) dan Fadznil (Tawau). Kesemua mereka ni mempunyai jawatan yang tinggi dalam badan kepimpinan dalam MRSM. So, aku agak segan jgak la duduk sbilik dengan dorang ni sebab aku ni pun bukannya pelajar yang ikut sangat peraturan sekolah ni. Setelah semuanya selesai,musim persekolahan pun bermula.......

Pembelajaran bermula dengan baik, biasalah semangat berkobar-kobar sebab tahun tu aku akan menduduki peperiksaan SPM. Kesemua subjek aku dapat faham dengan baik sebab subjek yang awal-awal ni biasanya senang lagi. So, tak banyak sangat masalah untuk belajar masa ni. Tempat duduk aku dalam kelas terletak di tempat yang paaaaaaaling belakang sekali. Tablemate aku ada lima orang iaitu Zulkhairi, Syazwan, Badrul, Azrin. Semua pun gila-gila yang duduk dengan aku ni. Selalunya kalau salah seorang tidur dalam 'row' aku tu, memang smua pun akan tidur la lpas tu. Aura TIDUR tu memang susah nak tolak. Sebut-sebut pasal tablemate ni, teringat plak aku kisah aku dengan Syazwan. Masa tu kelas English dan Tc.Allison yang ajar kami. Kami dua orang boring time tu. So, Syazwan pun pinjam la handphone (HP) aku, sedang-sedang dia main tu, tiba-tiba dia tertekan 'Music Player' di HP aku. Secara tiba-tiba bunyi lagu kedengaran di kawasan kami dan yang paling memalukan lagu yang terpasang tu lagu dangdut kalau aku tak silap. Macam mana la aku boleh simpan lagu dangdut ni.  =_=   Hurmm, Tc.Allison pun memandang tajam ke arah kami time tu. Aku pun takut la sbb HP tu HP aku. Tc.Allison pun cakap dengan lantangnya "Syazwan,bring the phone here!". Tapi dengan nilai murni yang ada dalam diri kawan aku ni,dia pun pergi la ke depan tapi bukan dengan HP aku tapi dengan HP dia. Haha. Bergegar la jga lutut aku time tu. Thank you arr Syazwan sbb pasang lagu dangdut kuat-kuat guna HP aku. ^_^ Dan budak kelas aku selalu kacau seorang budak dalam kelas aku dan nama dia Azizzami ,dia ni geng 'SENTAP'. Geng ni merupakan antara geng yang paling hot la dalam MRSM aku ni. Ketua geng dorang ni nama dia Adie. Kalau kamu nampak SENTAPIANZ ni menari memang kamu akan kagum la. Tarian dorang ni layak ditarikan dalam 'Sehati Berdansa'. Memang power la gua ckp beb.! Walaupun dorang ni geng hot, dorang peramah juga. ^_^ Dorang sayang sangat dengan batch 95 MRSM tu. Eh3, aku rasa kmi smua sayang dengan batch kami ni. Hehe.

Peperiksaan Sem 1 pun bermula,setelah persiapan yang rapi kali ni. Aku memang bersedia la untuk jawab exam kali ni. Aku akan cuba baca chapter-chapter bagi setiap subjek. Fuhh! Memang susah untuk berjaya, siapa yang cakap senang tu memang tipu semata-mata. Bagi aku, inilah exam terbaik yang aku pernah buat sebab aku memang buat persiapan yang sangat sangat sangat rapi. :) Selepas tamat ujian ni, keputusan pun keluar. Dan Alhamdulillah cita-cita aku sebelum ni berjaya aku capai iaitu anugerah pengetua. Allah itu maha adil, aku memang berusaha sebaik mungkin dan Allah pun makbulkan doa ku. Ingatlah bahawa doa saja tidak berguna kalau tiada usaha. Inilah moral of the story for this post. My pointer at that time was around 3.7++ and I was so grateful.

*My advice for this post is : Jangan la ego dan pernah terlintas di fikiran yang kita lah yang pling hebat. Bak kata orang,ukur baju di badan sendiri laa.. Sebab pernah terlintas di fikiran aku yang orang lain tak belajar tapi result meletup dan aku rasa aku cukup pandai so aku pun tak belajar.. Pemikiran begini la yang buat aku malas belajar tapi ingat yang kemampuan manusia ni berlainan walaupun mungkin kita sama-sama makan nasi juga di rumah. Mungkin dia baca sekali sudah boleh ingat tapi aku kena baca 3 kali bru boleh ingat. So, find your own way of study instead of study blindlessly. Study smart not study hard.Jangan la peduli apa orang cakap dan jangan biarkan dialog ni bermain di kepala kamu " tengok si safwan tu,belajar banyak-banyak pun tak jga pandai-pandai ". Ok?  ^_^ Hehe. Itu jak la untuk post aku kali ni. Lpas ni aku post ttg Sem 2 Form 5 plak ok?  Esok aku ada test Calculus ni. Kena study dulu. Tata, Assamualaikum w.b.t. PEACE NO WAR. :3

3 comments: